Kami Pengedar Sah GOOME GPS Tracker Anda

GPS Tracker Malaysia

GPS Tracker Malaysia

Monday, 26 September 2016

Portable GPS Tracker GT03A






Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Syarikat kami adalah pembekal GPS Tracker yang diiktiraf oleh syarikat GPS ternama di China iaitu syarikat GOOME.  Kami membekal pelbagai jenis model GPS Tracker agar bersesuaian dengan penggunaan anda. Kami memperkenalkan model terbaru yang dikeluarkan oleh syarikat Goome iaitu Portable GPS Tracker model GT03A.  Kelebihan gps ini adalah boleh dijadikan personal GPS Tracker untuk dibawa ke mana sahaja.

Sangat sesuai untuk diberikan kepada anak - anak anda sebagai langkah keselamatan kepada mereka sekiranya berlaku kecemasan.  Dengan butang SOS pada GPS ini ia memudahkan anak - anak anda untuk menghantar lokasi di mana mereka berada.

Ia juga sesuai diberikan kepada ibu bapa yang sudah tua dan nyanyuk, sekiranya mereka sesat lupa jalan pulang mereka juga boleh menghantar lokasi hanya dengan satu butang. Selain itu anda juga boleh memantau di mana mereka berada hanya melalui smartphone yang telah di pasang aplikasi sama ada Android atau IOS.

Anda juga boleh memantau dan menyiasat pergerakan anak - anak anda dengan menyembunyikan GPS Tracker ini di dalam kenderaan motosikal mereka. Selain itu ia juga boleh mengelakkan kenderaan anak - anak anda dicuri.

Dengan kapasiti bateri yang tinggi GPS Tracker ini mampu berada dalam keadaan sedia selama 15 hari tanpa di cas.  Ia juga dilengkap dengan magnet bagi memudahkan anda melekapkan alat ini pada badan kenderaan atau peralatan besi.

Salah satu kelebihan yang kami berikan untuk model ini kami berikan anda PERCUMA server platform untuk menyimpan data pergerakan pembawa GPS ini. Harga GPS model ini adalah serendah RM350.

Sekiranya anda berminat sila berhubung terus dengan kami di talian yang tertera.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Web Counter

web counter

Blogger templates